Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

assalamualaikum wbt..
salam idulfitri kepada semua muslimin dan muslimat semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera,,
salam khas idulfitri daripada Saff Pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) 2011
kepada semua pendokong badar (Naqib ting 3 dan 4) | Guru-guru Smka Falahiah | Mantan Badar | serta warga smka Falahiah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6atas.

dihari yang mulia ini marilah sama-sama kita memohon maaf sesama kita agar kita suci dari dosa pada amal lebaran ini.

Berlaku di zaman Rasulullah SAW, Nabi menunjukkan kepada sahabat baginda iaitu orang yang bakal dimasukkan ke syurga, jadi sahabat merasa ingin tahu apakah amalan yang dilakukan oleh orang yang ditunjukkan oleh Nabi SAW yang akan dimasukkan ke syurga itu, jadi sahabat Nabi pun pergilah bermalam di rumah orang yang dikatakan oleh Rasulullah itu. malam pertama sahabat itu tidak merasakan sesuatu kelainan yang dilakukan oleh orang itu sehinggakan dia dijamin oleh Rasulullah akan dimasukkan kedalam syurga, apabila tiba malam kedua, sahabatan masih lagi tidak tahu apakah kelainan yang dilakukannya. jadi sahabat Nabi tadi minta untuk pulang ke rumahnya, tetapi sebelum ia keluar dari rumah orang yang dijamin syurga itu, Sabahabat tadi bertanya apakah amalan kamu sehinggakan Rasulullah SAW menjamin kamu akan dimasukkan ke syurga?, jawab lelaki itu amalan yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan yang dilakukan oleh aku iaitu "TIAP-TIAP MALAM SEBELUM TIDUR AKU MEMAAFKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ADA MELAKUKAN KESALAHAN DENGAN AKU".. makan tidak hairanlah sahabat Nabi tadi akan apa yang dijamin oleh Rasulullah bahawa lelaki itu bakal dimasukkan ke dalam syurga.

SubahanaAllah,
hebat sungguh amalan yang dilakukan oleh lelaki yang dijamin syurga itu..

P/S : MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMOHON MAAF JIKA ADA KESALAHAN (DOSA) YANG KITA LAKUKAN DAN MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMAAFKAN ORANG YANG PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN (DOSA) DENGAN KITA.

Thursday, 25 August 2011

Tanda Lailatul Qadar

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :



1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -



2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -



3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).



4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:



1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.

2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan

mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.



Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Friday, 12 August 2011

MINGGU ASPIRASI RAMADHAN (MAR) 2011

Program Minggu Aspirasi Ramadhan atau singkatannya MAR 2011 adalah merupakan program kali pertama yang dianjurkan oleh Pihak Badan Dakwah dan Rohani 2011. bermula pada 7 ogos sehingga 11 ogos 2011. Dengan adanya program sebegini, pihak kami merasakan insyaAllah Warga Smka Falahiah dapat menghayati Bulan Ramadhan yang sebenarnya. dengan bertemakan RAMADHAN MELAHIRKAN INSAN KELAS PERTAMA, ia adalah satu tema yang mana kami harus bertungkus-lumus bagi menjayakan tema tersebut dengan jayanya.

antara program yang dianjurkan sepanjang MAR 2011 :

1. Kuiz Spontan pagi

2. Kuiz bertulis celik ilmu

3. Menulis khat "MINGGU ASPIRASI RAMADHAN"

4. Melukis poster Ramadhan

5. Majlis Khatam Al-Quran

6. Risalah Fokus Ramadhan

7. Ceramah Ramadhan Perdana

8. Tokoh Ramadhan ( pelajar muslimin dan muslimat )

Alhamdulillah segala program dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang besar.
diharapkan juga agar program sebegini dapat diteruskan dengan perubahan demi perubahan. berkemungkinan besar ada sesetengah program yang pihak kami merasakan perlu diteruskan lagi sehinggalah akhir ramadhan. jadi kepada semua warga Smka Falahiah, tunggu untuk menantikan program apakah yang bakal pihak kami teruskan..

Friday, 5 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN : IBADAT PUASA

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Friday, 29 July 2011

RAMADHAN: BULAN RAHMAT,KEAMPUNAN,TERLEPAS DARI SEKSAAN API NERAKA ,BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).




Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan
puasa itu.

KEM AMAL ISLAMI 1 (KAMI 1)

pada 29 jun hingga 2 julai 2011 pihak Badan Dakwah dan Rohani dengan kerjasama Jabatan Nuqaba' Tingkatan 3 telah mengadakan program KEM AMAL ISLAMI 1 dengan bertemakan KESEMPURNAAN IBADAN MELAHIRKAN INSAN RABBANI. program ini disasarkan kepada semua pelajar tingkatan 1 bagi membina kekuatan ibadah mereka.
diantara objektif program ini ialah :
1. meningkatkan kefahaman pelajar tingkatan 1 tentang ibadah dalam islam
2. mengajar langkah-langkah mengerjakan ibadah dengan sempurna kepada pelajar tingkatan 1
3. membentuk ibadat berkualiti dalam kehidupan seharian
4. melahirkan individu yang mencintai ilmu
5. mengerjakan ukhwah antara pelajar tingkatan 1 dengan naqib tingkatan 3

................................................................................................
tentatif program

RABU - 29 JUN 2011

- 3PTG - sesi pendaftaran - Latihan dalam kumpulan 'LDK' ta'aruf (berkenalan)
- 6.30ptg - makan malam
- 7.30mlm - solat maghrib - kuliah maghrib : KESEMPURNAAN IBADAH MELAHIRKAN INSAN RABBANI
- 9.00mlm - Perasmian KAMI 1, OLEH Ustaz Mat Hussin bin Said (ketua warden)
- 10.00mlm - taklimat program

KHAMIS - 30 JUN 2011

- 7pg - majlis persalaman sebelum ke sekolah
- 5.00ptg - riadah 1
- 6.30ptg - makan malam
- 7.30mlm -solat maghrib - solat hajat - bacaan yassin
- 8.30mlm - solat isyak
- 9mlm - ceramah 1 : SOLAT TIANG AGAMA - BENGKEL 1 (solat tiang agama)
- 10.30 mlm - minum malam
11.30 mlm - tidur

JUMAAT - 1 JULAI 2011

- 5.00PG - qiamullail berjamaah
- 6pg - solat subuh - kuliah subuh : KONSEP NIAT DALAM IBADAT
- 7PG - sarapan
- 8pg - riadah : sambutan rezeki
- 9.30pg - LDK 2 mengenai solat
- 10.45pg - CERAMAH 2
- 12.30tgh hari - solat jumaat
- 3ptg - Bengkel 2 - LDK : wuduk dan tayammum
- 5ptg - solat asar - riadah : tuipan ukhwah
- 7mlm - solat maghrib - kuliah maghrib : kepentingan ibadat dlm islam
- 9mlm - sesi penginsafan diri

SABTU - 2 JULAI 2011

- 7pg - larian 1Malaysia
- 5ptg - solat asar - riadah : tembakan nikmat
- 7.30 mlm - solat maghrib - kuliah maghrib : tanggungjawab muslim dalam ibadah
- 9mlm - perasmian KAMI 1 oleh Tuan Haji Ahmad Ghazilan bin Ngah (PK HEM)
- 10.30mlm - wida' dan majlis persalaman