Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

assalamualaikum wbt..
salam idulfitri kepada semua muslimin dan muslimat semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera,,
salam khas idulfitri daripada Saff Pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) 2011
kepada semua pendokong badar (Naqib ting 3 dan 4) | Guru-guru Smka Falahiah | Mantan Badar | serta warga smka Falahiah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6atas.

dihari yang mulia ini marilah sama-sama kita memohon maaf sesama kita agar kita suci dari dosa pada amal lebaran ini.

Berlaku di zaman Rasulullah SAW, Nabi menunjukkan kepada sahabat baginda iaitu orang yang bakal dimasukkan ke syurga, jadi sahabat merasa ingin tahu apakah amalan yang dilakukan oleh orang yang ditunjukkan oleh Nabi SAW yang akan dimasukkan ke syurga itu, jadi sahabat Nabi pun pergilah bermalam di rumah orang yang dikatakan oleh Rasulullah itu. malam pertama sahabat itu tidak merasakan sesuatu kelainan yang dilakukan oleh orang itu sehinggakan dia dijamin oleh Rasulullah akan dimasukkan kedalam syurga, apabila tiba malam kedua, sahabatan masih lagi tidak tahu apakah kelainan yang dilakukannya. jadi sahabat Nabi tadi minta untuk pulang ke rumahnya, tetapi sebelum ia keluar dari rumah orang yang dijamin syurga itu, Sabahabat tadi bertanya apakah amalan kamu sehinggakan Rasulullah SAW menjamin kamu akan dimasukkan ke syurga?, jawab lelaki itu amalan yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan yang dilakukan oleh aku iaitu "TIAP-TIAP MALAM SEBELUM TIDUR AKU MEMAAFKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ADA MELAKUKAN KESALAHAN DENGAN AKU".. makan tidak hairanlah sahabat Nabi tadi akan apa yang dijamin oleh Rasulullah bahawa lelaki itu bakal dimasukkan ke dalam syurga.

SubahanaAllah,
hebat sungguh amalan yang dilakukan oleh lelaki yang dijamin syurga itu..

P/S : MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMOHON MAAF JIKA ADA KESALAHAN (DOSA) YANG KITA LAKUKAN DAN MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMAAFKAN ORANG YANG PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN (DOSA) DENGAN KITA.

Thursday, 25 August 2011

Tanda Lailatul Qadar

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :



1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -



2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -



3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).



4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:



1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.

2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan

mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.



Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Friday, 12 August 2011

MINGGU ASPIRASI RAMADHAN (MAR) 2011

Program Minggu Aspirasi Ramadhan atau singkatannya MAR 2011 adalah merupakan program kali pertama yang dianjurkan oleh Pihak Badan Dakwah dan Rohani 2011. bermula pada 7 ogos sehingga 11 ogos 2011. Dengan adanya program sebegini, pihak kami merasakan insyaAllah Warga Smka Falahiah dapat menghayati Bulan Ramadhan yang sebenarnya. dengan bertemakan RAMADHAN MELAHIRKAN INSAN KELAS PERTAMA, ia adalah satu tema yang mana kami harus bertungkus-lumus bagi menjayakan tema tersebut dengan jayanya.

antara program yang dianjurkan sepanjang MAR 2011 :

1. Kuiz Spontan pagi

2. Kuiz bertulis celik ilmu

3. Menulis khat "MINGGU ASPIRASI RAMADHAN"

4. Melukis poster Ramadhan

5. Majlis Khatam Al-Quran

6. Risalah Fokus Ramadhan

7. Ceramah Ramadhan Perdana

8. Tokoh Ramadhan ( pelajar muslimin dan muslimat )

Alhamdulillah segala program dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang besar.
diharapkan juga agar program sebegini dapat diteruskan dengan perubahan demi perubahan. berkemungkinan besar ada sesetengah program yang pihak kami merasakan perlu diteruskan lagi sehinggalah akhir ramadhan. jadi kepada semua warga Smka Falahiah, tunggu untuk menantikan program apakah yang bakal pihak kami teruskan..

Friday, 5 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN : IBADAT PUASA

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."