Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

assalamualaikum wbt..
salam idulfitri kepada semua muslimin dan muslimat semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera,,
salam khas idulfitri daripada Saff Pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) 2011
kepada semua pendokong badar (Naqib ting 3 dan 4) | Guru-guru Smka Falahiah | Mantan Badar | serta warga smka Falahiah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6atas.

dihari yang mulia ini marilah sama-sama kita memohon maaf sesama kita agar kita suci dari dosa pada amal lebaran ini.

Berlaku di zaman Rasulullah SAW, Nabi menunjukkan kepada sahabat baginda iaitu orang yang bakal dimasukkan ke syurga, jadi sahabat merasa ingin tahu apakah amalan yang dilakukan oleh orang yang ditunjukkan oleh Nabi SAW yang akan dimasukkan ke syurga itu, jadi sahabat Nabi pun pergilah bermalam di rumah orang yang dikatakan oleh Rasulullah itu. malam pertama sahabat itu tidak merasakan sesuatu kelainan yang dilakukan oleh orang itu sehinggakan dia dijamin oleh Rasulullah akan dimasukkan kedalam syurga, apabila tiba malam kedua, sahabatan masih lagi tidak tahu apakah kelainan yang dilakukannya. jadi sahabat Nabi tadi minta untuk pulang ke rumahnya, tetapi sebelum ia keluar dari rumah orang yang dijamin syurga itu, Sabahabat tadi bertanya apakah amalan kamu sehinggakan Rasulullah SAW menjamin kamu akan dimasukkan ke syurga?, jawab lelaki itu amalan yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan yang dilakukan oleh aku iaitu "TIAP-TIAP MALAM SEBELUM TIDUR AKU MEMAAFKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ADA MELAKUKAN KESALAHAN DENGAN AKU".. makan tidak hairanlah sahabat Nabi tadi akan apa yang dijamin oleh Rasulullah bahawa lelaki itu bakal dimasukkan ke dalam syurga.

SubahanaAllah,
hebat sungguh amalan yang dilakukan oleh lelaki yang dijamin syurga itu..

P/S : MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMOHON MAAF JIKA ADA KESALAHAN (DOSA) YANG KITA LAKUKAN DAN MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMAAFKAN ORANG YANG PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN (DOSA) DENGAN KITA.

Thursday, 25 August 2011

Tanda Lailatul Qadar

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :



1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -



2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -



3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).



4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:



1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.

2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan

mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.



Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Friday, 12 August 2011

MINGGU ASPIRASI RAMADHAN (MAR) 2011

Program Minggu Aspirasi Ramadhan atau singkatannya MAR 2011 adalah merupakan program kali pertama yang dianjurkan oleh Pihak Badan Dakwah dan Rohani 2011. bermula pada 7 ogos sehingga 11 ogos 2011. Dengan adanya program sebegini, pihak kami merasakan insyaAllah Warga Smka Falahiah dapat menghayati Bulan Ramadhan yang sebenarnya. dengan bertemakan RAMADHAN MELAHIRKAN INSAN KELAS PERTAMA, ia adalah satu tema yang mana kami harus bertungkus-lumus bagi menjayakan tema tersebut dengan jayanya.

antara program yang dianjurkan sepanjang MAR 2011 :

1. Kuiz Spontan pagi

2. Kuiz bertulis celik ilmu

3. Menulis khat "MINGGU ASPIRASI RAMADHAN"

4. Melukis poster Ramadhan

5. Majlis Khatam Al-Quran

6. Risalah Fokus Ramadhan

7. Ceramah Ramadhan Perdana

8. Tokoh Ramadhan ( pelajar muslimin dan muslimat )

Alhamdulillah segala program dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang besar.
diharapkan juga agar program sebegini dapat diteruskan dengan perubahan demi perubahan. berkemungkinan besar ada sesetengah program yang pihak kami merasakan perlu diteruskan lagi sehinggalah akhir ramadhan. jadi kepada semua warga Smka Falahiah, tunggu untuk menantikan program apakah yang bakal pihak kami teruskan..

Friday, 5 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN : IBADAT PUASA

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Friday, 29 July 2011

RAMADHAN: BULAN RAHMAT,KEAMPUNAN,TERLEPAS DARI SEKSAAN API NERAKA ,BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).




Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan
puasa itu.

KEM AMAL ISLAMI 1 (KAMI 1)

pada 29 jun hingga 2 julai 2011 pihak Badan Dakwah dan Rohani dengan kerjasama Jabatan Nuqaba' Tingkatan 3 telah mengadakan program KEM AMAL ISLAMI 1 dengan bertemakan KESEMPURNAAN IBADAN MELAHIRKAN INSAN RABBANI. program ini disasarkan kepada semua pelajar tingkatan 1 bagi membina kekuatan ibadah mereka.
diantara objektif program ini ialah :
1. meningkatkan kefahaman pelajar tingkatan 1 tentang ibadah dalam islam
2. mengajar langkah-langkah mengerjakan ibadah dengan sempurna kepada pelajar tingkatan 1
3. membentuk ibadat berkualiti dalam kehidupan seharian
4. melahirkan individu yang mencintai ilmu
5. mengerjakan ukhwah antara pelajar tingkatan 1 dengan naqib tingkatan 3

................................................................................................
tentatif program

RABU - 29 JUN 2011

- 3PTG - sesi pendaftaran - Latihan dalam kumpulan 'LDK' ta'aruf (berkenalan)
- 6.30ptg - makan malam
- 7.30mlm - solat maghrib - kuliah maghrib : KESEMPURNAAN IBADAH MELAHIRKAN INSAN RABBANI
- 9.00mlm - Perasmian KAMI 1, OLEH Ustaz Mat Hussin bin Said (ketua warden)
- 10.00mlm - taklimat program

KHAMIS - 30 JUN 2011

- 7pg - majlis persalaman sebelum ke sekolah
- 5.00ptg - riadah 1
- 6.30ptg - makan malam
- 7.30mlm -solat maghrib - solat hajat - bacaan yassin
- 8.30mlm - solat isyak
- 9mlm - ceramah 1 : SOLAT TIANG AGAMA - BENGKEL 1 (solat tiang agama)
- 10.30 mlm - minum malam
11.30 mlm - tidur

JUMAAT - 1 JULAI 2011

- 5.00PG - qiamullail berjamaah
- 6pg - solat subuh - kuliah subuh : KONSEP NIAT DALAM IBADAT
- 7PG - sarapan
- 8pg - riadah : sambutan rezeki
- 9.30pg - LDK 2 mengenai solat
- 10.45pg - CERAMAH 2
- 12.30tgh hari - solat jumaat
- 3ptg - Bengkel 2 - LDK : wuduk dan tayammum
- 5ptg - solat asar - riadah : tuipan ukhwah
- 7mlm - solat maghrib - kuliah maghrib : kepentingan ibadat dlm islam
- 9mlm - sesi penginsafan diri

SABTU - 2 JULAI 2011

- 7pg - larian 1Malaysia
- 5ptg - solat asar - riadah : tembakan nikmat
- 7.30 mlm - solat maghrib - kuliah maghrib : tanggungjawab muslim dalam ibadah
- 9mlm - perasmian KAMI 1 oleh Tuan Haji Ahmad Ghazilan bin Ngah (PK HEM)
- 10.30mlm - wida' dan majlis persalaman

KENANGAN SIMPOSIUM NUQABA' KALI PERTAMA 2011















Friday, 8 July 2011

APAKAH IKHTILAT YANG SEBENARNYA ?

" Persoalan iKhtiLat..."




IKHTILAT

Definasi Ikhtilat dari sudut bahasa adalah mencampurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain, manakala dari sudut syara'nya ialah pencampuran wanita dan lelaki (samaada persendirian atau berkumpulan). Pencampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka (lelaki dan wanita) bertemu antara satu sama lain,berpandangan dan bertegur sapa. Mengikut takrif Dr. Majid Zindani seorang ulama yaman yang terkenal Takrif Ikhtilat yang dilarang adalah: Perhimpunan lelaki dan perempuan yang terdapat keraguan(perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram).

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.

DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT

Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.
Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.
Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk
berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".
Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun
rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.

Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya. Malahan Dr Yusuf al-Qardawi pernah berkata : "Perhimpunan antara lelaki dan perempuan adalah tidak haram, malahan ianya harus dan dituntut sekiranya mempunyai tujuan yang baik yang perlu dibuat bersama seperti menuntut ilmu, amal soleh, aktiviti kebajikan, jihad fardu dan sebagainya yang memerlukan penggabungan antara dua pihak."

1) 'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah
'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

2) 'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

3) 'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

4) 'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah
Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

5) 'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.

Ikhtilat yang diharuskan oleh Islam hendaklah mengandungi etika-etika dan syarat-syarat seperti berikut:

1. Tidak berkhalwat.

Nabi bersabda:

"Tidak berkahalwat diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan syaitan menjadi yang ketiga"(HR Bukhari)

2. Tidak ada pandangan yang tidak dibenarkan.

Nabi bersabda:
"Pandangan adalah panahan beracun dari Syaitan"

3. Pakaian yang mengikut cara Islam.

Firman Allah: Dan janganlah wanita itu menunjukkan perhiasnnya melainkan apa yg telah terzahir(muka dan tapak tangan).(Surah -Nur: 31)

Pakaian yang menutup aurat itu hendaklah tidak menampak susuk tubuh yang menimbulkan fitnah dan tidak nipis sehingga menampakkan yang dalam.

4. Percakapan wanita yg tidak lunak.

Firman Allah: "Maka janganlah perempuan melunakkan suara sehingga menimbulkan keinginan lelaki yang mempunyai penyakit hati dan katalah perkataan yang baik-baik."(Surah - Ahzab: 32)

5. Cara wanita berjalan yang tidak menarik perhatian.

Firman Allah: Maka janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi.(Surah - Nur: 31)

6. Wanita tidak memakai minyak wangi

Mana-mana wanita yang memakai wangian dan berjalan di sekumpulan lelaki maka dia adalah penzina.(HR Tirmizi)

7. Ada sebab dan keperluan yang munasabah.Iaitu kerja-kerja ketaatan dan kebajikan yang memerlukan kebersamaan seperti dlm ayat 71 surah Taubah.

8. Tidak ada pegang dan sentuh antara lelaki dan perempuan.

Nabi bersabda dalam hadis yg sahih:
Lebih baik kamu di tikam kepala kamu dengan jarum besi daripada kamu menyentuh perempuan yang bukan mahram. (HR Thabrani)

Nabi bersabda lagi:Lebih baik seorang lelaki itu bersesak-sesak dengan babi yang berlumuran tanah daripada dia bersesak-sesak bahunya dgn perempuan yang bukan mahram.(HR Thabrani)

9. Perempuan dan lelaki janganlah saling bertembung atau berselisih tubuh.

Nabi bersabda:
Bila kamu bertemu 2 org perempuan janganlah lalu dicelah-celah keduanya.(HR Baihaqi)

Ketika berlakunya percampuran diantara lelaki dan perempuan di masjid, Nabi brsabda: Hendaklah perempuan ke tepi, janganlah kamu ketengah merempuh orang lelaki, jalanlah di tepi.



Alhamdulillah wa syukur lillah. InsyaAllah moga-moga dengan sedikit ilmu ini dapat menjawab segala persoalan mengenai ikhtilat antara lelaki dan perempuan untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah selepas ini saya akan berkongsi tentang ikhtilat di alam maya yang saya dapat lihat sering kali diabaikan oleh kita semua termasuklah yang bergelar muslimin dan muslimat, tidak kira yang "berkopiah" ataupun yang "berpurdah". Sekadar perkongsian untuk dijadikan iktibar bersama-sama insyaAllah...

Yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu juga didatangkan oleh Allah swt tetapi disandarkan keatas kelemahan diri saya, seorang hamba yang dhoif ini.

Wallahu'alam...

Thursday, 7 July 2011

SIMPOSIUM NUQABA' KALI PERTAMA

17 JUN 2011 - JUMAAT
Pihak Jabatan Usrah Badan DAkwah dan Rohani 2011 telah menganjurkan program ini bagi mengumpulkan semua pimpinan badar dan para pendokongnya bagi membincangkan sedikit masalah dalaman dan luaran jabatan masing-masing.pihak badar juga telah menjemput beberapa mantan badar untuk bersama-sama menjayakan program ini. Tema yang ditetapkan bagi Simposium yang pertama ini ialah WEHDATUL FIKR PENERAJU KEBERKESANAN TARBIAH. diantara objektifnya ialah:
1. merapatkan silaturrahim antara pimpinan dan pendokong badar
2. mencetuskan idea-idea baru bagi sistem pentarbiahan di falahiah
3. memberi peluang kepada pimpinan dan pendokong untuk menyatakan harapan masing-masing
4. bermuzakarah bagi menyelesaikan beberapa masalah

Berikut ialah perjalanan program pada hari tersebut
PROGRAM PAGI
9.00 : Solat sunat dhuha berjamaah
9.30 : Para pimpinan badar dan pendokong bergerak ke bilik wawasan (tempat berlangsungnya simposium)
9.45 : Kuliah Dasar- oleh saudara fatihi makhtar (presiden badar 2006)(tajuk : islam dan nuqaba')
10.30 : sesi muzakarah umum berlangsung
12.00 : bersiap untuk ke solat jumaat

PROGRAM PETANG
3.00 : berkumpul di bilik wawasan
3.30 : sambungan sesi muzakarah umum
4.30 : sesi muzakarah mengikut jabatan nuqaba' masing berlangsung (para pendokong mengikut jabatan masing-masing dan pimpinan badar beserta mantan badar telah dipecahkan kepada dua kumpulan untuk masuk bermuzakarah bersama-sama jabatan nuqaba' ting.4 dan ting.3)
5.30 : sesi muzakarah selesai
5.35 : solat asar berjamaah

PROGRAM MALAM\
9.00 : Usrah bersama Tuan pengetua (tuan haji Abdul Rahman bin Mahmood)
10.30 : minum malam
11.00 : sesi pendokong dan pimpinan meluahkan harapan masing-masing
11.30 : wida' dan majlis persalaman

by abid abdullah

Sunday, 15 May 2011

Bengkel Usrah Ting.1

11.5.2011 ialah usrah yang ke 9 bagi pelajar ting.1 smkaf. tetapi kerana silibus buku usrah bhgn.1 telah habis maka pihak badar telah mengambil inisiatif yang tetap dengan mengadakn Bengkel Usrah.
diantara objektif pihak Badar dan Naqib t.3 ialah kerana untuk pelajar ting.1 lebih mengigati akan silibus di buku usrah bahagian 1 ini.
jadi diharapkan program sebegini diteruskan bagi mengunikkan lagi sistem tarbiah falahiah. dan insyaAllah selepas cuti pertengahan tahun ini, pihak badar akan mengadakan Ujian Usrah bagi pelajar t.1 dan 2 atas tamatnya merbincangan buku usrah bahagian 1.

sekian : abid abdullah @ as_suju'11

Tuesday, 10 May 2011

usrah asrama tingkatan 3

alhamdulillah pada 6 mei 2011 (jumaat)
baru-baru ini...
pihak badan dakwah dan rohani 2011 dapat lagi mengadakan usrah bagi pelajar-pelajar ting.3 yang berada di asrama khususnya.. usrah diadakan di dewan haji wan adam gara-gara masjid falahiah masih lagi dalam proses pembaik pulih...tapi tarbiah tidak mengenal tempat,, ia tetap berjalan walaupun 1000 mehnah dan tribulasi...
berikut ialah butiran agenda usrah kali-1 ting.3 :

8.45 mlm :
-solat isyak berjemaah
9.00 mlm :
-pelajar ting.3 bergerak ke kumpulan usrah masing-masing
-majlis dibuka dengan al-fatihah untuk mendapat keberkatan
-muqaddimah usrah (syukur,selawat)
-bacaan surah al-naba'
-huraian tafsir al-naba' oleh naqib-naqib
-tazkirah ringkas oleh naqib kpd mad'u untuk kemantapan kerohanian diri mad'u

9.30 mlm :
-usrah ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan surah al-asr..

"usrah satu kelangsungan yang tidak boleh dihapuskan"
usrah tunjnag tarbiah

salam dari editor (as_suju'11)

Thursday, 21 April 2011

Sekilas KBN 2011

Kursus Bina Nuqaba' 2011

Bertemakan:
Kemantapan Rohani Melahirkan Nuqaba' Berkepimpinan

Tarikh:
14 hingga 16 April 2011

Sasaran:
Semua Naqib ting.3 dan jabatan Helwa Badar

Tempat:
Asrama smka Falahiah, Kelantan

...........................................................................

alhamdulillah pada tahun ini pihak Badan dakwah dan Rohani Smka Falahiah
dapat lagi mengadakan program mega badar dibawah pengelola Jabatan Usrah..
walaupun program ini dilaksanakan di sekolah, tetapi ia sedikit pun tidak menjadi satu masalah yang besar kepada pihak Badar bagi melaksanakan program ini...

diantara tajuk Kuliah dasar yang dibincangankan ialah :
1. Usrah Tunjang Tarbiah
disampaikan oleh: saudara Zaidi (mantan Badar smka Falahiah 2004)

2.Ciri-ciri dan teknik naqib yang berjaya
disampaikan oleh: saudara Fakhrul Rizal (mantan presiden badar 2002)

3.Usrah antara amanah & cabaran (nuqaba' unggul)
disampaikan oleh: Saudara Fakhrul (mantan Badar 1998),sekarang sebagai
kounsselor di IMTiYAZ, terengganu.

pihak urusetia juga menyediakan 2 slot khas iaitu
1.kepimpinan dan muhasabah
2.sesi pemilihan pimpinan Jabatan Nuqaba' ting3 2011

alhamdulillah, semua program yang telak dirancang berjaya dilaksanakan
kesemuanya,,,tapi masalah tetap juga ada sebagai cabaran dlm meneruskan lidah perjuangan Rasulullah SAW...

kami dari pihak urusetia mengharapkan kepada semua peserta KBN 2011
(naqib t.3) dapat mengambil input-input penting sebagai wadah dan wasilah
dalam satu pentarbiahan..

KEMANTAPAN ROHANI MELAHIRKAN NUQABA' BERKEPIMPINAN
"SALAM UKHWAH SEKENCANG DAKWAH, USRAH TUNJANG TARBIAH"

Friday, 1 April 2011

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita...

Sebelum terlambat, elakkan dari menyambut perayaan ini..

by : as_suju'11

Thursday, 24 March 2011

SPM 2010 - SMKA FALAHIAH

alhamdulillah kita panjatkan ke hadrat illahi kerana resault SPM 2010 telah keluar..jadi falahiah nie cemerlang jugak lah....seramai 7 orang telah mendapat straight 'A'..dan 2 orang drpdnya ialah saff pimpinan badar..ingatlah wahai pendokong gerakan dakwah islam..sesungguhnya jika kamu menolong Agama Allah nascaya Allah akan menolong kamu kembali dan mengukukuhkan darjat kamu....so,, kpd pelajar SPM 2011 marilah sama-samam kita berdoa kepada allah agar result kita gempak taun depan...amin...

Wednesday, 9 March 2011

Kau...Aku...Pemimpin

diri kita merupakan pemimpin. Pimpinan bermula dari tanggungjawab memimpin diri kita sendiri, keluarga, jiran, memimpin ahli masyarakat dan seterusnya memimpin negara. Kita kelak akan disoal dan dipertanggungjawab tentang kepimpinan dan amanah yang kita pikul.

Berikut beberapa ciri-ciri pemimpin yang baik sebagai perkongsian.

01.Cinta dan minat sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan.
Terapkan cinta, minat dan rasa tanggungjawab terhadap pasukan dan organisasi dalam diri setiap ahli.

Berikut Rukun 3T dan Prinsip 3K yang boleh diamalkan.
Rukun Usrah 3T : Ta'aruf, Tafahum dan Takaful
a. Ta'aruf- Saling kenal mengenal.
Berkenalan dalam erti sebenarnya memerlukan masa yang berterusan dan rasa ukhuwah yang tinggi.

b. Tafahum- Saling memahami satu sama lain.
Ikatan persaudaraan yang terjalin menuntut rasa kesefahaman dalam diri dan rasa tanggungjawab membantu sesama ahli.

c. Takaful- Tolong menolong membantu kearah kebaikan dan gerakan dakwah.
Prinsip amar makruf dan nahi munkar menjadi pegangan.

Prinsip 3K : Kebersamaan, Kesefahaman dan Kebanggaan
a.  Kebersamaan
Wujudkan kebersamaan dan rasa kesatuan dalam pasukan dan ahli kumpulan. Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama untuk ditangani. Wujudkanlah rasa kekitaan. "Kau + Aku = Kita"
"Kita hendaklah bersama..", "Program kita menghadapi masalah...".. "Syarikat kita perlu mencapai.."

b.  Kesefahaman
Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing yang menyumbang pencapaian pasukan. Justeru, ahli pasukan perlu saling memahami dan menghargai pendapat serta kebajikan sesama ahli pasukan.

c.  Kebanggaan
"Aku bersyukur dan bangga berada dalam kumpulan/pasukan ini".
"Aku bangga Kelantan menang piala Malaysia. Aku bangga jadi anak Kelate"
Naikkan semangat ahli pasukan tentang kejayaan-kejayaan terdahulu dan peluang serta potensi pasukan untuk mencapai kejayaan bersama.

02.Tetapkan matlamat bersama dan buat yang terbaik mencapainya bersama-sama dalam satu pasukan.
Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa.

03.Sikap yang positif dan sokongan moral yang berterusan.
Murah dengan senyuman, meluangkan masa berkongsi dan menyelesaikan masalah ahli pasukan, memberi pujian ikhlas atas usaha dan pencapaian ahli, melazimi ucapan terima kasih, ganjaran seperti belanja makan dan sebagainya.

04.Nilai-nilai yang baik diterapkan dalam kepimpinan.
Wujudkan nilai bersama yang menjadi pegangan dan amalan pasukan. Nilai tersebut perlulah sentiasa diulang-ulang atau ditampal, agar menjadi amalan setiap ahli. Contohnya ESQ melandaskan 7 nilai utama : Jujur, Tanggungjawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil dan Prihatin.

05.Mengagihkan tugasan secara jujur dan teratur.
Pemimpin sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan untuk berdikari dan membangunkan potensi diri.

06. Kepimpinan melalui teladan.
Tingkatkan karisma diri dan bina personaliti diri unggul. Sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan berfikirlah secara matang dalam mengambil setiap keputusan.

07. Sedia bertanggungjawab atas setiap perbuatan atau tindakan ahli pasukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal.

08.Bergaul dengan orang yang berjaya dan bersahabat dengan sahabat yang baik. Pelajari rahsia kejayaan mereka.

Sekian, semoga bermanfaat.

Wasalam.
"Learn to serve. Let go of your ego and offer assistance to others."- Danny and Marie Lena
"You cannot control what happens to you, but you can control your attitude toward what happens to you, and in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you."
"Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking, and don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it." ~ Steve Jobs

as_suju'11 (from ilUvislam.com)

Tajuk Usrah ke.3 pelajar ting.1 (19 Mac 2011-sabtu)

assalamualaikum w.b.t.......
pertama dan selama-lamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat illahi
kerana usrah untuk pelajar tingkatan1 dapat diteruskan lagi...alhamdulillah...
ke-2, selawat serta salam ke atas junjungan agong Nabi Muhammad SAW diatas perjuangan baginda hari dapat lagi usrah berjalan untuk menyebarkan ISLAM....

jadi, ana stright to the point..tajuk usrah untuk pelajar ting.1  ialah:

-BAB2 (fekah)
   *Taharah (bersuci) (muka surat 6 hingga 9 sahaja)
                -rujuk buku QG 1

-BAB6 (Surah al-quran)
   *Surah Pilihan: Surah Al-Fatihah (menerangkan & menghuraikan dan berikan maksud ayat)

adik-adik naqib sekalian bolehlah merujuk buku Quranic Group 1 (Bahagian 1)
harapannya agar para naqib sekalian dapat prepare untuk usrah ke3 ini.
"JIKA KAMU MENOLONG AGAMA ALLAH,
NASCAYA ALLAH AKAN MENOLONG SERTA MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKANMU"

_salam Ukhwah sekencang dakwah, Usrah Tunjang Tarbiah_

(as_suju'11)

Program Mega Badar 2011

JANUARI

Ta'aruf Week Aspurafa / Aspurifa
(pelajar baru ting.1 dan t.4)

FEBRUARI

Minggu Tautan Mahabbah
(muslimah ting.6)

 MAC

Sambutan Maulidur Rasul
(Pelajar Smkaf)

Kursus Bina Nuqaba'
(naqib ting.3)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Badar
(Saff Pimpinan Badar 2011)

APRIL

Simposium Nuqaba'
(semua nuqaba')

Ijtima' Badar Seluruh Kelantan
(Seluruh Smka Di Kelantan)

Lawatan Penanda Aras
(Saff Pimpinan Badar 2011)

MEI

Mukhayyam Tarbawi
(Naqib ting.3)

JUN

Pertandingan Islamik Dorm
(semua penghuni asrama)

Kem Amal Islami 1
(pelajar ting.1)

JULAI

Minggu Penghayatan Islam
(semua penghuni asrama)

Minggu Aspirasi Islam
(semua penghuni asrama)

JULAI

Kem Amal Islami 2
(pelajar ting.2)

Minggu Lambaian Kasih
(muslimah ting.6)

Muktamar Sanawi
(semua nuqaba')

OGOS

Majlis Penghayatan Ramadhan & Sambutan Nuzul Quran
(semua penghuni asrama)

Monday, 7 March 2011

Usrah Tunjang tarbiah




Objektif Program Usrah :

-meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap islam dan menentukan sikap terhadap sesuatu masalah sebagai umat islam

- Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran islam

- membina generasi islam yang menegakkan akhlak islamiah dalam diri

- mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab tarhadap Allah dan Rasul-Nya

- Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan untuk bergerak demi kepentingan islam.



( as-suju'11 )